Monday, September 14, 2009

Kisah baru..

Dah lama tak update blog nih...hari ni merupakan hari-hari last aku praktikal. tk sabo rasenye nk balik umah n settle kan everything..then melangkah maju ke alam pekerjaan. hm...tetiba tk jadi r lak balik jb...kena duk sini sampai last li aku... pening r cani..baju raye aku kat JB..kena suh umar bawakkan la cani....hm... pe2 pon aku rase cam bersyukur gak r sebab takyah r ulang alik jb ke kl...huhuhu..penat wooo.... so far aku rase cambest lak keje sini walaupon kdg2 tension yang teramat sgt. hehehe..tp duk opis relax je la banyak...sebab selalunye kalo duk opis ni aku wat keje2 opis je...xde keje len..duk usha2 tender la duk wat kiraan tender r...macam2. pe2 pon....layannn

Monday, June 22, 2009

keje..keje...keje

aku skang kat office...bosan giler bile takde keje ni...da seminggu da aku prak kat sini...da banyak r yang aku dapat..so far takde lg gi site....esok aku ngan izhan gi r site...tengok2 ap yang patut and buat la apa yang patut...dlam byk2 trainee kat sini, kitorang je la yang tak penah gi site lg...aku je la yang banyak duk relaks...hehee...takpe2 pasni mesti aku banyak wat keje....pas trainee2 len abis....kitorang 3 org je la tinggal nk uruskan 2 projek yang tengah on skang ni....neway...bosan tak bosan...keje tetap keje...hehehe ciao!!!

Monday, March 2, 2009

ukiran hidup 15

banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ni. dua minggu yang lepas aku baru selesai hadiri kelas memandu. now, aku da sah bergelar pelajar memandu.hehehe. dalam masa yang sama aku jumpa semula dengan adik kepada sahabat lama aku mase sekolah rendah. banyak jugak la yang aku bualkan dengan mamat tu. da lbey 10 tahun tak jumpa, alik2 terjumpa lak kat sekolah memandu. skang ni dier prak kat kuantan. aku bila la plak nk prak kan? sometimes ader perasaan regret dalam diri aku. kenapa aku masih di sini? sepatutnya aku da LI da skang. aku seorang yang pandaila jugak. jika aku usaha lebey sket, aku da lama LI and tempat aku bukannya di sini lagi. maybe ader hikmahnya mengapa aku masih di sini. neway, bagus jugak sebenarnya. at least my famili know yang aku bukannya robot yang senang2 je nk elak masalah kuarga. even aku cuba elak pon, tempiasnya still terasa. aku tak tau da apa jadi ngan kuarga aku skg ni. baru2 ni dgr citer ayah aku lari rumah lagi. same macam yang terjadi mase raye puasa tahun lepas. bila berdepan ngan aku, sumenye berpura-pura ok. hakikatnya hancusss. ayah aku ni bagaikan menyembunyikan sesuatu dari aku. aku sendiri pon taktau apa bendenye tu. this week maybe aku balik umah. nak tau gak apa yg jadi. progress umah pon aku nk tau gak. hopefully, raye tahun ni kitorg dapat raye kat jengka. rumah tercenta. dah banyak kali raye kitorg raye kat rumah mak tiri aku. nak jugak merasa raye kat umah sendiri.

sabtu yang lepas, kau gi kl ngan member aku. naik bas pkol 1 pg. sebelum tu round2 dulu satu kuantan. this is my second time aku naik bas pg. first time mase aku ader kursus jati diri kat perak. kitorg sampai dalam pkol 5 pg la kiranya. duk lepak2 jap kat pudu then gi masjid jamek tggu masuk subuh. aku ader la gak nampak Kolej Segi, tempat adik aku blaja. pas solat je kitorg naik putra gi kl sentral. lepak2 sket then gi sarapan kat 3rd floor. then terus gi jalan pasar sambil tersesat mengelilingi penjara pudu. huhu. akibatnya kaki aku tersa cam nk tercabut. at last, apa yang dicari tk jumpa. tiba2 timbul lak rase nyesal kat dalam hati.huhu..aku tabahkan hati untuk terus berjalan sehinggala kitorg gi times square. makan2 sket kat wendy's then gi solat jamak. walaupon kaki da rase cam takde, aku tabahkan jugak berjalan. sebab terlalu sakit kaki, kitorg decide tuk balik je. so, dengan automatinya terbatal la rancangan hari tu..

malam td lak aku baru lepas test microC. alhamdulillah, boleh la jgak wat. lebey baik la dr dulu.....japgi aku ader kelas lak....nk solat japgi and ready tuk gi kelas microC...ciao!

Thursday, February 19, 2009

Ukiran Hidup 14

bercakap tentang perubahan, setakat mana seseorang itu mampu menguatkan hatinya untuk berubah. aku tertanya-tanya. kenapa aku bertanya pada diri sendiri? kenapa? kenapa aku tak tanya pada orang lain? ada ayat di dalam kitab suci al-quran menyebut bahawasanya Allah swt berfirman," Aku tidak mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang hendak mengubah nasib mereka sendiri". mungkin aku perlukan sesuatu yang boleh menguatkan hati aku untuk menetapkan pendirian aku untuk berubah. sepertimana yang termaktub di dalam kitab suci al-quran, aku yang sebenarnya perlu memulakan langkah dan bukan menunggu signal yang tak kunjung tiba. dah banyak petunjuk yang Allah SWT tunjukkan padaku, dan aku seolah-olah tidak nampak akan petunjuk itu. aku perlu mengotak langkah terbaik untuk berubah. aku perlu tetapkan hati untuk berubah. tiada siapa yang boleh bantu aku melainkan diriku sendiri... gud luck!!!

Saturday, February 7, 2009

Ukiran Hidup 13


Lame da rasenye aku tak update blog aku ni. bz la katakan. actually, aku tak bape sehat ni. selesema. giler r sakit ati bile kena selesema ni. naik tension pon ader tapi kena tahan gak sebab sakit yang didatangkan kepada kita tu adalah penghapus dosa. pagi semalam aku gi dengar ceramah bahagian II lesen D, hari ni lak kena datang ceramah II lesen B2, melayang lagi duit aku..last2 yang ader dalam akaun cuma 200 je..penat r aku nak budget makan sampai bulan 4 ni..hehehe...dalam demam aku gi gak kelas memandu, hari ni aku kena selesaikan lesen B2 aku. pe2 pon kena usaha bayk2 sket.. duit tu...sanggup ikat perut sebab nak dapatkan lesen memandu. at least dapat L da kira ok da. da keje nanti sambung r sampai dapat P tuk kete la....hehehe. moto maybe aku abiskan kot sem ni...sebab moto murah je.kete je yng mahal...

lawa tak gambo yg aku amik gna webcam aku, boleh tahan la kan. neway, dalam pkol 8 pg aku da kena tggu kat bus stop depan. kena tido awal nih..hehhee...tatata

Tuesday, January 13, 2009

Ukiran Hidup 12

Hari ni aku gi kelas emt n microC. boleh tahan la gak. walaupun semalam tak dapat tidur lena, tapi aku tahan gak mata. so, sepanjang hari ni aku banyak gakla wat aktiviti. penat giler arini. dalam pkol 6 ley kurang, aku ngan bdk2 umah aku g kuantan. mael nak wat gambar passport, faris tk wat pe2, izhan nak beli ink printer, akmal lak, aku tak tau r dier beli aper td. n aku, beli pencuci muka. hehehe. da lama rasenye aku tak cuci muka ni. da banyak sel2 mati. kitorang sampai kuantan dalam pkol 7.15 r lbey kurang. sementara tunggu waktu maghrib, aku, mael ngan faris g usha tempat boling. lawak gakla tgk ader sorg pakcik tu main boling dengan penuh semangat. hehee. izhan n akmal lak gi rayau2. dalam pkol 7.30 kot, kitorg g surau tnaikan solat maghrib. pastu gi makan kat ayamas. abisla gak dalam rm 18 duit aku arini. takpe yang penting eppi....then kitorang balik dalam pkol 9. sampai ump dalam pkol 9 lebey. penat giler tapi ader gak curi peluang main DotA jap.hehehe.

malam ni, giliran makan ubat angin tu plak. semalam skip. so arini kena makan la. hopefully, aku dapat kurangkan berat badan aku ni. jangan jd gemuk melampau dah. hehehe.td lak si chot datang bilik aku. kutip IC, nak test kat kiosk ujian komputer. cuak gak aku nk amik ujian kom ni. yela, banyak lagi kje nk wat.takde mase nk studi undang2 jalan raya ni. hhehe...neway, aku harap aku pass r test tu nanti. da dapat lesen L mudah r sket aku nk wat keje. nk gi memane takde r risau sangat.hehehe. da lambat ni...ku nak tido lu r..sok nk bangu pepagi..nk siapkan keje....ciao!!!

Friday, January 9, 2009

semangat baru

Dah banyak kali aku tulis semangat baru tapi tak menjadi je. pe2 pon untuk semangat yang aku tanam baru2 ni, aku harap jalan r. hm...pas solat jumaat tadi, ader perhimpunan air matamu palestin. semangat btol ydp mpp tu kasik ucapan. at least dier mampu membawa satu kebaikan untuk sume. tak ramai orang yang bersemangat mempertahankan saudara sendiri camtu. aku turut berbangga kerana di UMP ni ader juga orang sebegitu. memang perlu pon kita cakna dengan kesengsaraan saudara kita di palestin. kekejaman rejim zionis memang tak boleh di maafkan. sejak bertahun lamanya mereka menyeksa rakyat palestin. kita sebagai saudara seagama ni turut merasa tempiasnya. betapa kejamnya rejim zionis. aku sedih kerana tak ramai yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. walaupon tinggal berjiran, mereka tetap tidak membantu malah menambahkan kesengsaraan mereka. sedih aku tengok rakyat palestin. apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa dan menderma sekadar yang termampu.

Tahun baru ni aku membuka lembaran baru, tahun yang penuh dengann dugaan dan cabaran. aku tak tahu aku mampu atau tidak melaan segala onak dan duri itu. semoga aku mampu bangun dan mempertahankan agama bangsa n negara aku sendiri. :)

Thursday, January 8, 2009

permulaan baru

Dah lebih sebulan aku bercuti, skang ni tiba masa untuk pulun sume bende yang aku kantoi sebelum ni and of course perubahan diri yang lebih baik. so far, masih lagi takde perubahan but aku harap sangat aku boleh menjadi yang lebih baik. esok aku ader kelas pkul 8. hari da lewat da ni tapi aku takley tido. nak taknak kena paksa juga tido sebab takut tak terbangun hari esok. Hari esok gak aku nak daftar kelas memandu. ayah aku nasihatkan aku amik kereta and moto sekali. Leceh kalo kena amik test 2 kali. abih la dalam rm 180 buat permulaan ni. pasni kena bayar r apa yang patut. kalo kena bayar dalam rm30 tu boleh r kenen2 sket duit abang aku.

Hari sok dalam pkul 12 aku kena jumpa mamat/minah yang handle bab lesen2 tu. ibah kater derang pon ader sekali. aku cuak gak bila serah duit kat orang ni. ye la trauma la katakan. bila sekali ditipu, traumanye lame. pe2 pon aku harap aku bley la lepas lesen ni. aku nak wat yang terbaik, dalam studi n lesen.hehehe...

da pkol 2 da ni. aku rase cukupla sampai ni je. nak tido lak...ciao!!!