Thursday, February 19, 2009

Ukiran Hidup 14

bercakap tentang perubahan, setakat mana seseorang itu mampu menguatkan hatinya untuk berubah. aku tertanya-tanya. kenapa aku bertanya pada diri sendiri? kenapa? kenapa aku tak tanya pada orang lain? ada ayat di dalam kitab suci al-quran menyebut bahawasanya Allah swt berfirman," Aku tidak mengubah nasib sesebuah kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang hendak mengubah nasib mereka sendiri". mungkin aku perlukan sesuatu yang boleh menguatkan hati aku untuk menetapkan pendirian aku untuk berubah. sepertimana yang termaktub di dalam kitab suci al-quran, aku yang sebenarnya perlu memulakan langkah dan bukan menunggu signal yang tak kunjung tiba. dah banyak petunjuk yang Allah SWT tunjukkan padaku, dan aku seolah-olah tidak nampak akan petunjuk itu. aku perlu mengotak langkah terbaik untuk berubah. aku perlu tetapkan hati untuk berubah. tiada siapa yang boleh bantu aku melainkan diriku sendiri... gud luck!!!

No comments: