Friday, January 9, 2009

semangat baru

Dah banyak kali aku tulis semangat baru tapi tak menjadi je. pe2 pon untuk semangat yang aku tanam baru2 ni, aku harap jalan r. hm...pas solat jumaat tadi, ader perhimpunan air matamu palestin. semangat btol ydp mpp tu kasik ucapan. at least dier mampu membawa satu kebaikan untuk sume. tak ramai orang yang bersemangat mempertahankan saudara sendiri camtu. aku turut berbangga kerana di UMP ni ader juga orang sebegitu. memang perlu pon kita cakna dengan kesengsaraan saudara kita di palestin. kekejaman rejim zionis memang tak boleh di maafkan. sejak bertahun lamanya mereka menyeksa rakyat palestin. kita sebagai saudara seagama ni turut merasa tempiasnya. betapa kejamnya rejim zionis. aku sedih kerana tak ramai yang sudi memberikan bantuan kepada mereka. walaupon tinggal berjiran, mereka tetap tidak membantu malah menambahkan kesengsaraan mereka. sedih aku tengok rakyat palestin. apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa dan menderma sekadar yang termampu.

Tahun baru ni aku membuka lembaran baru, tahun yang penuh dengann dugaan dan cabaran. aku tak tahu aku mampu atau tidak melaan segala onak dan duri itu. semoga aku mampu bangun dan mempertahankan agama bangsa n negara aku sendiri. :)

No comments: