Saturday, November 15, 2008

perjalanan yang hampir berakhir

Hidup ni memang singkat. kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah pon berada dihujungnya. sama la macam studi gak. pejam celik pejam celik da 4 tahun da belajar, bangun2 je pagi da nk keje da pon. kebanyakkan dari kawan2 aku sudah LI. aku ader satu sem lagi untuk aku repair subjek yang aku gagal ari tu. hopefully, aku boleh cover dgn baik la supaya pointer aku pon boleh naik banyak sket. dalam 5 bulan yang akan datang aku kena tunjukkan bahawa aku mampu mengubah apa yang orang lain pikir aku takley nak ubah. aku mampu juga jadi seorang pelajar yang cemerlang sepertimana pelajar cemerlang yang lain. akar umbinya ialah usaha. aku kena motivasikan diri aku supaya aku mampu berjaya seperti orang lain.

Hm...esok aku balik umah utk cuti sebulan. dalam masa cuti ni la aku perlu tenangkan diri dan dapatkan semangat yang baru supaya sem depan aku mampu perform dengan baik. takkan berjaya seorang itu untuk berubah jika dier sendiri taknak berubah. apa2 pon kita kena ada inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik. jangan cakap nak berubah tapi usaha ke arah itu takde.

Anyway, aku nk pi solat maghrib da ni. mulai esok aku takkan menulis sampaila bulan satu nanti sebab umah aku takde tenet. hehehe...anyway, aku harap sem depan akan membawa sinar kecemerlangan dunia dan akhirat......intermission...

No comments: