Saturday, November 15, 2008

mungkinkah?

Bunyi macam dilema yang tak pernah berakhir kan? hehe. actually aku nak balik arini tapi macam ader prob sket. tapi aku balik gak petang ni bas last kot. rasa cam berat je bila nak balik ni. maybe sebab aku da tahun akhir kot.sem depan da sem last pastu naik keje, pastu kawen, pastu ader anak, pastu tua, pastu tua lagi...then pergi untuk selama-lamanya. bila la agaknya akan terjadi tu? hanya Allah je yang tau semuanya. aku baru pas mengemas baju ni. kemas sket2 meja aku supaya takde r nampak bersepah sgt. sebulan beb cuti. apela aku nak wat cuti ni. penin2.

Umah aku tu da siap ke blom ek. balik kang kena pastikan r. takkan nk share bilik air yang sama kot.hehhee. kena mandi kat bilik air belakang.huhuhu. takpe,,dekat ngan bilik aku. bila store belakang tu da siap boleh r kemas sket bilik aku tu.heheheh. walaupon aku selalu sgt kena kacau kat bilik tu, tapi aku tetap sayang kat bilik tu..xtau r nape.hehee. hm...tahun depan maybe aku duk umah aku yang lama kot. better la sket rasa. rindu sgt nk balik umah lama. rindu serindu rindunya. hopefullu, umah tu siap r renovate b4 raya puasa tahun depan. takkan la tak siap lg kot kan. umah bukan nye besar pon, mintak2 la cepat sket siap. n aku harap gak sem depan aku boley amik lesen kete ngan moto. at least moto la sebab urgent sgt. nk pkai time LI nanti kalo dapat area yng kena gna motor la.hehehe.

Hm...da pkol 3 da..aku nk bersiap nak balik da ni..kang takde bas lak....ciao!!!

perjalanan yang hampir berakhir

Hidup ni memang singkat. kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah pon berada dihujungnya. sama la macam studi gak. pejam celik pejam celik da 4 tahun da belajar, bangun2 je pagi da nk keje da pon. kebanyakkan dari kawan2 aku sudah LI. aku ader satu sem lagi untuk aku repair subjek yang aku gagal ari tu. hopefully, aku boleh cover dgn baik la supaya pointer aku pon boleh naik banyak sket. dalam 5 bulan yang akan datang aku kena tunjukkan bahawa aku mampu mengubah apa yang orang lain pikir aku takley nak ubah. aku mampu juga jadi seorang pelajar yang cemerlang sepertimana pelajar cemerlang yang lain. akar umbinya ialah usaha. aku kena motivasikan diri aku supaya aku mampu berjaya seperti orang lain.

Hm...esok aku balik umah utk cuti sebulan. dalam masa cuti ni la aku perlu tenangkan diri dan dapatkan semangat yang baru supaya sem depan aku mampu perform dengan baik. takkan berjaya seorang itu untuk berubah jika dier sendiri taknak berubah. apa2 pon kita kena ada inisiatif untuk berubah ke arah yang lebih baik. jangan cakap nak berubah tapi usaha ke arah itu takde.

Anyway, aku nk pi solat maghrib da ni. mulai esok aku takkan menulis sampaila bulan satu nanti sebab umah aku takde tenet. hehehe...anyway, aku harap sem depan akan membawa sinar kecemerlangan dunia dan akhirat......intermission...

Friday, November 7, 2008

Abih daa

Aku baru balik dari exam math 1. tension giler aku. pening2 soklan dier. ingatkan senang r. rupe2 nye susah. huhu. benda dah berlau biarknla. nk wat camne kan? skang tinggal satu paper je lagi. robotic. cuak gak aku ngan paper ni. insyaAllah ader masa tuk std. ngan thesis lagi. adoila..apesal la banyak mende sgt nak wat ni. tahun akhir ni memang membukit keje. dengan psm2 lagi..assignment lagi..lab report lagi...muka buku je bdk tahun 4 ni. hahahhaa.

Hm.. so, apa aku nak wat sabtu ngan ahad ni. nak siapkan thesis ke. camne nk wat. feedback sv pon tak dapat lagi. ntah lulus ke tak psm aku..aku sendiri tak tau. kalo fail ngarut je la aku wat thesis tu. tp dia diam je, lulus r tu..hehehe. anyway, sem depan aku ringan sket la sebab aku amik 3 je. takde r nk pening2 da. at least bley r wat aktiviti luar lak. bosan r duk ump jek. kena r bersosial gak.

Aku nk citer sket ngan tragedi malam td. heheh..bdk2 ni tak bca blog ni. bley r citer sket. adala sorg mamat tu, dier beria ajak main poker siap cabar tu. hahahaa.. memang selalu camtu pon dier. kater member. tapi malam td special sket sebab tragedi noverber berlaku. mula2 game aku je kalahh tapi takat dua kali berturut je..aku da kena taram da time tu tapi aku kater la aku ader test sok..bdk2 ni taram lagi..kkk...lek2..hehehe...pastu aku tak kalah da...tetiba 4 round terakhir, mamat yang ajak aku main ni asik kalah je...mase last dier kalalh tu dier blah terus...muahahaha..sejarah beb!! kalah 4 kali berturut2...hahahaa..aku, mail ngan faris gelak sakan..ambik ko...hehehe.. tapi biase la tu kan..game je semata2...

Buat bro aizat...kalo terbaca la blog ni..sila2 la susun kad ye kalo anda kalah pada last round game poker...muahhhahaa....renung2 kanla dan selamat beramal!! :D

Thursday, November 6, 2008

Antara 2 Kasih

Ni lagu favourite aku, sometimes meleleh gakla air mata bila dengar lagu ni. Lagu ni mengingatkan aku kepada my late mother and of course my lovely and charming ayuni..hehehe.. :)

Antara dua kasih -UNIC

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Monday, November 3, 2008

Susahnya nk tido

Susahnya nak tido hari ni. asyik terjaga je dari tadi. aku baru je terjaga dari tido ni. pkul 9 kang ader paper dsp. aku still takley nak tido. camne aku nk std sok pg. nampak gayanya cam aku kena berserah je la. risau gak aku. nak std sekarang pon tak masuk sebab kepala aku tengah sakit sgt ni. tekak pon tengah kering. baru pas minum tapi still kering lagi. sekarang da pkul 4.12 am. dalam pkol 4.40 aku nak cuba tido semula. sekurang-kurangnya aku dapat rehat selama 2-3 jam. itu pon da memadai.

Kepada semua rerakan aku, aku doakan semoga memasing dapat menjawab soaklan dsp dengan baik dan ict gak.selamat maju jaya. aku nk try tido balik...adios...ciao!!

hidup oh hidup

dalam kehidupan ni banyak dugaan dan ujian yang perlu kita tempuh. sebagai manusia, kita kena berdepan dengan semua tu. persoalannya cuma bagaimana kita menghadapinya. adakah dengan cara yang positif ataupon negatif.kebanyakan dari kita mungkin menghadapinya dengan cara negatif dan sebahgian yang lain menghadapinya dengan cara yang positif. tak hairan juga jika ada yang menghadapi ujian tersebut dengan kedua-dua cara. bercakap tentang aku la, sometimes aku gnakan cara positif and sometimes aku guna cara negatif. aku kan manusia, tak perfect tapi so far aku cuba cara positif. kalo boleh taknak la gna cara negatif. tak elok. tapi sepanjang dalam hidup aku la kan. aku lebih banyak terluka dari gembira. mungkin itu satu ujian yang Tuhan nk kasik kat aku. hm..bukan mungkinla tapi memang pon kan? hehe. sepanjang aku terluka tu la aku cuba juga berfikiran positif dan Alhamdulillah kebanyakkannya aku mampu tanganinya. ada jugak la yang aku tak tahan. hehe.

bagi aku la, setiap yang berlaku tu ada sebabnya. mengapa Tuhan beri kita ujian tu. macam aku, dah bertahun-tahun aku menderita urinal infection. sakitnya bkan main. aku pon tak paham kenapa aku kena penyakit tu. tapi bila fikir-fikirkan, mungkin ada sebabnya kenapa aku kena penyakit tu. kata orang, setiap penyakit yang Tuhan kasi kat kita tu adalah untuk penghapus dosa. jika besar penyakit kita tu maka besarla dosa kita..hehe..dah lebih kurang 4 tahun aku kena penyakit tu. mula-mula aku kena kat matrik. time tu aku start sakit pinggang, pastu muntah2 dan macam2 lagi la. aku kena masuk wad selama 3 hari tak makan la aku sepanjang duk dalam wad tu.huhu. sepanjang duk dalam wad aku sakit pinggang tu lesap camtu je. hari last lak aku dh dibenarkan makan tapi makan roti keras ngan susu tawar je..aduh..tensen betul time tu.tp nak wat camne kan...

kali kedua aku kena ialah tahun 2007 kalo tak silap. aku kena sehari sebelum atok aku meninggal dunia. mase kena tu pon lagi perit tapi tak muntah2 la dan last sekali kena tahun ni. 2 minggu lepas aku kena 2 kali dalam seminggu. kali pertama menyebabkan aku muntah2 dan sakit pinggang yang amat sangat. kali kedua dah kurang. kredit kepasa pakcik aizat yang hantar aku ke UKP and atok faris yang sanggup menunggu selama 4 jam di unit kecemasan HTAA. kali kedua tu aku dah tak menyusahkan derang dah. aku gi sendiri gna moto afiq..kredit gak kat afiq sebab kasik aku pinjam moto dier.

pe2 pon segala yang berlaku tu bersebab dan kita kena amik ikhtibar dari segala yang berlaku.. aku pun da amik ikhtibar tapi setakat ni aku perlahan-lahan untk menjaga segala makan minum aku..slow2 bro...hehe..sampai takat ni je kot.. nak sambung std dsp sket..sok paper dsp pg..hehhe..ciao!!!!

exam...exam..

hm...exam...exam...esok aku dah start first and second paper aku. namun, aku masih lagi tak bersedia, ntah ape la dalam kepala aku ni. untuk 2 hari lepas aku banyak abiskan masa tuk siapkan draf akhir thesis aku. berserabut gakla kepala ni. mase tuk std aku abaikan camtu je. aku taktau la sok boleh jawab ke tak. pening2. hopefully, malam ni aku bolehla paham benda paling susah bg aku sebelum ni. yang penting aku kena sentiasa positif so that aku boleh score final ni. walaupun masa yang aku ader cuma 12 jam je. tolak tido..tak sampai pon 7 jam..anyway aku kena struggle sebab salah aku juga tak std. mahu atau pon tak aku kena pahamkan btol2 apa yang aku nak paham tu. moga ditunjukkan jalan kepadaku.

hm..kenapa aku semakin susah nk paham sejak akhir2 ni. susah nak cakap sebab kepala aku sentiasa berserabut. aku kena tenangkan diri supaya aku mampu mengubah sifatku. semangat yang ada sekarang cuma kecil tetapi aku perlu didik semangatku sendiri supaya ia boleh menjulang-julang semarak api. ak kena jadi berani tanggung risiko dan sentiasa positif. sepertimana warna favourite aku, merah yang menyala. sentiasa berani dan strive hard to get what i want. jangan asyik tgk budak bilik berjaya je tapi aku sendiri ketinggalan. aku kena tunjukkan bahawa aku juga mampu berjaya dan melawan segala perkara negatif yang ada dalam diri aku. jangan lemah dengan godaan dunia yang ntah ape2 tu....usaha la bro!! jangan lemah bro!!!

hm...dah pkol 7.17 dah. japg aku nak mandi pastu gi kmc, nak std ngan kekasih hati pujaan jiwa..hahahaa. nak mintak dia ajar aku malam ni state space..aku pon kureng paham bab ni...pe2 pon usaha lagi bro!!usaha kuat2 bro!!! mantop nanti bro!!!

Friday, October 24, 2008

Perlukah aku khabarkan!!

Bunyi macam lagu la pulak kan. hm...actually, begitulah cerita yang aku nak sampaikan hari ni. susah jugak kan nk bgtau rahsia kita pada orang lain. kena ada kepercayaan yang sgt2 tinggi barulah boleh bgtau. setiap orang punya rahsia yang tersendiri. maksudnya aku pun ada rahsia aku sendiri yang aku tak boleh nk share dengan sesiapa. walaupun orang itu adalah kekasih aku sendiri. manusia ni istimewa dan penuh dengan misteri. setiap manusia ada rahsia masing2 dan dalam setiap rahsia tu ada yang boleh diungkapkan dan ada yang tak boleh. kadang2 ada sesetengah orang ni marah bila seseorang tu merahsiakan sesuatu darinya. kalo difiikir-fikirkan la, salah ke orang yang menyimpan rahsia itu? bagi aku la, setiap orang punya hak masing2. dan hak untuk memberitahu rahsia sendiri ataupon menimpannya adalah hak peribadi. maka, tak salah kalo seseorang tu nak menyimpan rahsianya as long as dia tak menyusahkan orang lain dengan rahsia tersebut.

mungkin dengar macam janggal je bila ada yang marah tentang menyimpan rahsia ni. terutamanya bila seseorang itu bercinta. kenapa aku cakap camtu, mungkin ada sesetengah orang yang bercinta ni kalo boleh dia taknak ada rahsia diantara dia dan pasangannya. rasa-rasa la, wajarkah perkara itu berlaku? aku sendiri pon susah nak jawab tapi berdasarkan pengalaman aku la, jika sesebuah perhubungan itu dibina atas dasar keikhlasan, maka isu rahsia ni tak timbul sebenarnya. salah ke pendapat aku?

apa2 pon, rahsia ni adalah hak peribadi masing-masing. pertahankan rahsiaa sendiri selagi tidak menyusahkan orang lain...mungkin itu je kot aku nak tulis malam ni..hehhe..ciao!!!

Monday, October 20, 2008

Malam yang menyeksakan

malam ini merupakan malam yang paling menyeksakan sepanjang hidup. keperitan yang kutanggung bagaikan tidak mahu berhenti lagi. tepat jam tujuh malam semalam, aku diserang kesakitan pinggang yang amat sangat. dah banyak cara aku buat supaya kesakitan tu hilang, tapi hampa. aku beritahu faris dan faris beritahu aizat, dengan seberapa segera yang boleh aizat bawa aku ke UKP, kat situ aku menunggu nurse datang. Alhadulillah tak lama pastu nurse datang walaupon lambat sedikit. badan aku masa tu dah berpleuh2 menahan kesakitan yang amat sangat. tapi tak lama pastu faris lak datang. aizat yang call. pas wt prosedur kecil kat UKP, en kamarul datang (driver UMP).then dia bawa aku ke HTAA. faris pon ikut sekali. sepanjang perjalanan aku terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat. sampai je kat HTAA, kena lak wat macam2 prosedur. aku dah rasa macam tak bernyawa dah masa tu. peritnya tak terkata. tapi aku tahan juga sehinggala jumpa doctor. pas kena injection aku rase ok skit. pastu kitorang balik. ader la dalam 3 jam aku kat HTAA. dalam 3 jam tu jugakla aku tahan kesakitan aku tu.

sampaii2 je kat umah aku da start sakit balik..ketika aku menulis ni pon pinggang aku tengah sakit. baru lepas telan pain killer td tapii still sakit lg. aku tak boleh nak tido sebab sakit ni taknak hilang. setibanya aku dr HTAA td, aku berehat kejap.makan ubat and terus muntah dengan teruknya..betapa peritnya malam ini. aku tak boleh nk studi langsung. esok lak test. macam mana aku nk buat ni.. ya Allah, bbantulah hambamu ini., sembuhkalah daku dan hilangkanlah kesakitan ini Ya Allah....