Friday, October 24, 2008

Perlukah aku khabarkan!!

Bunyi macam lagu la pulak kan. hm...actually, begitulah cerita yang aku nak sampaikan hari ni. susah jugak kan nk bgtau rahsia kita pada orang lain. kena ada kepercayaan yang sgt2 tinggi barulah boleh bgtau. setiap orang punya rahsia yang tersendiri. maksudnya aku pun ada rahsia aku sendiri yang aku tak boleh nk share dengan sesiapa. walaupun orang itu adalah kekasih aku sendiri. manusia ni istimewa dan penuh dengan misteri. setiap manusia ada rahsia masing2 dan dalam setiap rahsia tu ada yang boleh diungkapkan dan ada yang tak boleh. kadang2 ada sesetengah orang ni marah bila seseorang tu merahsiakan sesuatu darinya. kalo difiikir-fikirkan la, salah ke orang yang menyimpan rahsia itu? bagi aku la, setiap orang punya hak masing2. dan hak untuk memberitahu rahsia sendiri ataupon menimpannya adalah hak peribadi. maka, tak salah kalo seseorang tu nak menyimpan rahsianya as long as dia tak menyusahkan orang lain dengan rahsia tersebut.

mungkin dengar macam janggal je bila ada yang marah tentang menyimpan rahsia ni. terutamanya bila seseorang itu bercinta. kenapa aku cakap camtu, mungkin ada sesetengah orang yang bercinta ni kalo boleh dia taknak ada rahsia diantara dia dan pasangannya. rasa-rasa la, wajarkah perkara itu berlaku? aku sendiri pon susah nak jawab tapi berdasarkan pengalaman aku la, jika sesebuah perhubungan itu dibina atas dasar keikhlasan, maka isu rahsia ni tak timbul sebenarnya. salah ke pendapat aku?

apa2 pon, rahsia ni adalah hak peribadi masing-masing. pertahankan rahsiaa sendiri selagi tidak menyusahkan orang lain...mungkin itu je kot aku nak tulis malam ni..hehhe..ciao!!!

Monday, October 20, 2008

Malam yang menyeksakan

malam ini merupakan malam yang paling menyeksakan sepanjang hidup. keperitan yang kutanggung bagaikan tidak mahu berhenti lagi. tepat jam tujuh malam semalam, aku diserang kesakitan pinggang yang amat sangat. dah banyak cara aku buat supaya kesakitan tu hilang, tapi hampa. aku beritahu faris dan faris beritahu aizat, dengan seberapa segera yang boleh aizat bawa aku ke UKP, kat situ aku menunggu nurse datang. Alhadulillah tak lama pastu nurse datang walaupon lambat sedikit. badan aku masa tu dah berpleuh2 menahan kesakitan yang amat sangat. tapi tak lama pastu faris lak datang. aizat yang call. pas wt prosedur kecil kat UKP, en kamarul datang (driver UMP).then dia bawa aku ke HTAA. faris pon ikut sekali. sepanjang perjalanan aku terpaksa menanggung kesakitan yang amat sangat. sampai je kat HTAA, kena lak wat macam2 prosedur. aku dah rasa macam tak bernyawa dah masa tu. peritnya tak terkata. tapi aku tahan juga sehinggala jumpa doctor. pas kena injection aku rase ok skit. pastu kitorang balik. ader la dalam 3 jam aku kat HTAA. dalam 3 jam tu jugakla aku tahan kesakitan aku tu.

sampaii2 je kat umah aku da start sakit balik..ketika aku menulis ni pon pinggang aku tengah sakit. baru lepas telan pain killer td tapii still sakit lg. aku tak boleh nak tido sebab sakit ni taknak hilang. setibanya aku dr HTAA td, aku berehat kejap.makan ubat and terus muntah dengan teruknya..betapa peritnya malam ini. aku tak boleh nk studi langsung. esok lak test. macam mana aku nk buat ni.. ya Allah, bbantulah hambamu ini., sembuhkalah daku dan hilangkanlah kesakitan ini Ya Allah....